e-GotJob adalah sebuah sistem dan aplikasi yang memberi akses kepada para alumni dan majikan dalam mencari dan menawarkan peluang pekerjaan.
Ini bertujuan untuk mempertemukan pelatih lepasan Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara) dengan majikan/syarikat yang berpotensi dan menepati syarat serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh CIDB, dan dalam masa yang sama membantu majikan/syarikat mendapatkan pekerja tempatan, bertaraf pekerja mahir dan kompeten, serta telah memenuhi segala keperluan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk bekerja di dalam industri.